Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud ” Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan.”

Sabda baginda dalam hadis yang lain, ” Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan”
Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda
Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu
Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka
Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.
Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain
Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.
Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

“YA ALLAH,RAMADHAN YANG KAU UTUSKAN KEPADAKU TELAH TIBA…TETAPI IANYA TIDAK MEMBAWA APA2 ERTI BAGIKU WALAUPUN 1000 KALI IA TELAH DATANG KEPADAKU,, APA YANG LEBIH BAIK DAN BEERTI BAGI HAMBAMU INI ADALAH SEKIRANYA HAMBAMU INI SENDIRI YANG DATANG KEPADANYA(RAMADHAN) KERANA ORANG2 MUNAFIQ JUGA DIDATANGI RAMADHAN”

” Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) – Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. “

Dari Abu Abdullah, Jabir bin Abdullah Al-Anshari r.a, bahawasanya telah bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah SAW : ” Apa pendapatmu jika saya menunaikan semua sembahyang fardhu, dan aku berpuasa sebulan Ramadhan, dan aku halalkan yang halal dan aku haramkan yang haram, dan aku tidak menambahkan suatu atas demikian itu, adakah aku masuk syurga? Jawab Rasulullah SAW : Ya. “

“Sekiranya umatku mengetahui kebaikan di dalam bulan Ramadhan, nescaya mereka menginginkan agar sepanjang setahun semuanya menjadi Ramadhan”

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (QS Al-Baqarah, 2:183)

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan karena didorong oleh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka dia…mpunkan bagi dosa-dosanya yang terdahulu.” (Muttafaq ‘alaih)

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.

(At-Tirmidzi)

About these ads