Subhanallah, Maha Suci ALLAH yang Maha Menciptakan dan Menyempurnakan ciptaan Nya

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.”

[Al-Ankabut : 57]

Detik demi detik berlalu, makin banyak kes kematian berlaku di sekeliling kita hari ini. Adakah ia sebagai suatu tanda peringatan kepada kita semua bahawasanya yang hidup pasti akan merasakan kematian bila mana nyawa pinjaman ini akan terpisah daripada jasad yang disewakan oleh Tuan nya tanpa mengharapkan sebarang bayaran melainkan iman dan taqwa seorang hamba kepada Pemilik jiwa-jiwa itu, ALLAH aza wajalla

Semoga setiap kematian dan peristiwa yang berlaku di sekeliling kita mengukuhkan iman dan taqwa kita kepada Nya sekaligus mempersiapkan jiwa-jiwa ini untuk kembali menemui Tuhan nya. Sesungguhnya jiwa-jiwa orang mukmin tidak sabar-sabar untuk kembali menemui ALLAH kerana kematian merupakan suatu nikmat dan rehat yang panjang daripada segala macam belenggu dan permasalahan yang perlu dihadapi di dunia ini. Hakikatnya, dunia ini memanglah suatu dugaan dan ujian yang besar bagi jiwa-jiwa manusia yang tidak pernah lepas daripada gangguan serta godaan syaitan-syaitan yang direjam. ALLAH telah berfirman bahawasanya manusia itu diciptakan dalam keadaan susah dan payah oleh itu selazimnya kita akan sentiasa merasakan susah ketika hidup ini. Namun begitu, ingatlah tiada istilah putus asa ataupun sebarang keluh kesah yang keluar daripada mulut seorang mukmin kerana ia sentiasa yakin akan pertolongan ALLAH yang sentiasa dekat bagi orang yang menolong agama ALLAH.

Keyakinan yang kuat akan janji-janji ALLAH itu lah yang menjadi tulang belakang serta sumber kekuatan seorang muslim untuk terus istiqamah di jalan ALLAH, terus-menerus melaksanakan amar makruf nahi mungkar tanpa sebarang keluh kesah kerana ia hanya mengharapkan pertolongan ALLAH dan belas kasihan ALLAH untuk mendapatkan nikmat syurga yang kekal selama-lamanya.

Ingatkah kita bahawasanya sahabat-sahabat kita yang telah dijemput untuk menemui ALLAH itu pada suatu masa dahulu pernah diberikan nikmat hidup jua> Mereka pernah bersama-sama kita menghirup udara segar di muka bumi ALLAH dan melalui hari-hari mereka dengan rutin yang pelbagai sehinggalah malaikat maut menjemput mereka pulang ke destinasi sebenar mereka yakni akhirat. Mereka pernah hidup sebelum menemui alam barzakh.

Masihkan kita ingat perihal 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara?

Kadang-kadang ku akui sebagai seorang hamba ALLAH yang hina, diri ini terlalai seketika dan lupa untuk menikmati nikmat-nikmat kurniaan ALLAH itu dan mula sedar sesudah rebah tersungkur. Kenapa tidak pernah diri ini merasai nikmatnya sihat itu selagi tidak dicabut perlahan-lahan nikmat itu daripada diri ini? Astaghfighullah al-azim (3x)..

Ada suatu ketika diri ini merasakan kesakitan yang teramat-amat, ketika itu mula lah diingat apa yang telah kulakukan ketika diri ini diberikan nikmat sihat? Bagaimanakah caranya kugunakan nikmat jasad yang sihat ini ketika ALLAH Mengurniakan kelapangan waktu? Adakah betul cara penggunaan masaku sehinggalah datangnya kesempitan? Kenapa manusia sering bertangguh? Adakah hanya apabila datangnya suatu musibah, barulah manusia itu akan sedar? Adakah itu dinamakan suatu penyesalan yang mungkin tidak berguna lagi di sisi ALLAH? Kenapa perlu bertangguh untuk melakukan kebaikan ataupun perubahan??

Adakah kerana kita takut dicop sebagai golongan nerd ataupun yang sewaktu dengannya?? Adakah kerana kita takut kehilangan teman-teman handai? Tidakkah kita yakin akan janji-janji ALLAH?

Kadangkal diri ini sedar, manusia umpamanya lebih suka impress orang lain di sekelilingnya berbanding untuk meletakkan sedikit efforts untuk impress ALLAH..

Namun, taktala merasakan diri merasakan kesusahan, berduyun-duyunlah manusia mencari ALLAH, memohon pertolongan Nya. Adakah adil kiranya sekiranya kita sahaja yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAh sedangkan kita tidak pernah sedikitpun memikirkan cara-cara untuk contribute something di jalan ALLAH? Adakah layak manusia seumpama ini beroleh nikmat dan balasan syurga Illahi yang nilainya terlampau tinggi sehingga semua amal ibadat yang khusyuk dan mantap pun tidak mampu membeli satu tempat di syurga. Ingatlah hanya dengan belas ihsan ALLAh sahajalah syurga itu dapat menjadi tempat untuk kita langkahkan kaki kita ke dalamnya. Kita hanyalah manusia yang diciptakan daripada setitis air mani yang hina dan tiada nilainya tetapi diangkatkan oleh ALLAH, dimuliakan oleh Nya sebagai sebaik-baik makhluk ciptaan Nya sekaligus merupakan khalifah untuk memakmurkan muka bumi ALLAH ini dengan syariatNyA.

AYuh laksanakan tugas kita sebagai seorang khalifah sebelum nyawa itu diambil ALLAh taktala kita masih belum sempat melakukan apa-apa pun untuk jalan ALLAH.. Sesungguhnya ALLAH dan Islam itu tidak rugi sedikitpun jika kita tidak mahu menolong agama Nya sebaliknya jiwa itulah yang rugi kerana kita telah menidakkan makanan kepada jiwa tersebut yakni pembersihan jiwa yang betul sekaligus membawa jiwa-jiwa itu ke jalan kesesatan yang nyata. Ingatlah tempat yang paling sesuai bagi jiwa-jiwa yang ingkar akan perintah ALLAH itu adalah di neraka jahanam yang kekal selama-lamanya.

Nauzubillah

Wallahua’lam

From:
syairah shamri

About these ads