menceritakan mengenai berjalan seorang lelaki didalam waktu malam yg gelap gelita, dipertengahan perjalanannya ia terlihat cahaya yg terang terhasil dari nyalaan pelita. Dan dilihatnya pula terdapat serangga-serangga( kekatu/etc) yg berterbangan disekeliling nyalaan pelita itu yg cuba untuk menuju kearah nyalaan pelita..
Aku menahan serangga itu,menghalanginya dengan tanganku,agar ia tidak hangus terbakar dek kerana api nyalaan pelita yg panas membara itu.

tetapi serangga itu tetap cuba menuju kearah api pelita dari arah lain,walau berkali-kali aku menghalangi ia dari menuju kearah api pelita.

lalu Rasulullah s.a.w mengatakan pada para sahabat, orang lelaki yg berjalan itu adalah aku, dan serangga yg menuju kearah api pelita kerana tertarik dengan cahaya itu adalah umatku.

dan cahaya dari api pelita itu ibarat dunia yang kelihatan indah pada pandangan manusia.

Kekadang kita sendiri tidak menyedari betapa kita cuba mengejar dunia sehinggalah kita “kehancuran” , “parah”, “terluka”, melakukan kezaliman,dizalimi dan sebagainya namun kita masih lagi melihat dunia itu indah. Ia seperti yg dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w.,kita ibarat serangga yg berterbangan disekeliling api pelita didalam malam yg gelap gelita dan cuba masuk menuju kearah api walau tahu ia akan membakar diri..

untuk mengubat hati yang parah dan mencari jalan pulang, menangislah tika sujud menyembah ilahi,menangislah tika mengenang dosa-dosa yang dilakukan,rasakan kehinaan sebagai seorang hamba, HIDUPKU,HATIKU, JIHADKU,DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH.. tetapkanlah dihati matlamat kehidupan yang hakiki adalah kehidupan selepas kematian.. dan INGATLAH, rahmat dan kasih sayang Allah sangat luas,dan Allah s.w.t.. sentiasa mengampunkan dosa hamba-hambaNYA,kembalilah kepada jalan yang HAQ,pulanglah kejalan yang diredhai Allah,jalan pulang itu masih terbuka sehinggalah jasad itu berpisah dengan roh.

Dan ingatlah hidayah itu bukan milik wali mahupun ustaz, ia juga bukan milik malaikat mahupun nabi,TAPI ia adalah milik Allah…dan Allah s.w.t.. yang menentukan siapakah pemilik hidayahNYA.. .