Ada org bertanya tentang tafsir ayt yg keempat dan kelima dari surah al-Maun..
yg bermaksud: “Maka kecelakaanlah akan didapati orang-orang yg solat. Yang solat mereka itu dalm keadaan lalai.”

Dalam ayt tersebut Allah SWT telah mencadangkan bahawa neraka yg diperuntukkan bagi org2 yg mengerjakan solat mereka dalm keadaan lalai dan lupa.
Apakah sebenarnya yg dimaksudkan dengan lalai itu? Jawabnya ada beberapa perkara yg termasuk dalam erti kata lalai itu antaranya;
-Mereka yg lupa ketika mendirikan solat sehingga tidak disedari berapa rakaat solat yg sedang dikarjakannya( pernah mengalami??)
-Mereka yg lalai dengan kedatangan waktu solat fardhu yg maksudnya mereka ingat dan tahu waktu solat tersebut telah masuk tetapi bertangguh2, nanti dulu,nanti sebentar dan sebagainya.Besar kemungkinan mereka bertangguh itu disebabkan urusan pekerjaan dan seumpamanya. Sebaik-baiknya kita perlulah mendahulukan yg wajib.
-Termasuk juga dalam erti kata lalai apabila mereka yg melupakan maksud sebenar solat yg diperintahkan oleh Allah SWT,walaupun ia mendirikan solat namun bukan dari kesedaran akan maksud dan hikmah solat itu.

Ibnu Jarir pula mengertikan bahawa lalai itu ialah mereka yg tidak bersungguh2 mengerjakannya, dalam solat ingatannya melayang kepada yg lain, tidak pula disegerakan untuk membulatkan ingatannya kepada Allah.Tidak dinafikan khusyuk memg sgt sush untuk dikecapi dan hanya Allah yg tahu bagaimana nikmat khusyuk itu,tetapi sekurang-kurangnya kita harus berusaha untuk tidak mengingati perkara lain selain Allah ketika solat,dalm erti kata yg sewajarnya fikirkan tentg kebesaran dan kekuasaan Allah,semoga kita tidak tergolong dalam golongan yg lalai seperti yg dimaksudkan. InsyaAllah.

Adapun lalai dan lupa itu termasuk dalm kalangan mereka yg tidak dapat membezakan solat di awl dan akhir waktu. Malah sekiranya melambatkan solat tidak pula merasa keluh kesah,gelisah. Org yg sebegini merupakan org yg sibuk dengan urusan dunia sehingga tidak memandang tentang rahmat dan nikmat Allah apatah lagi merasainya.Maka dalam keadaan tersebut jika ia menunaikan solat pun,tidak ada makna dalam erti kata lain, sia2.

Ada juga yg terlambat mengerjakan solat kerana tertidur, walaupun tertidur dan terlupa itu suatu perbuatan yg tidak dikira salah di sisi syariat,namun perlu diperhatikan dari beberapa sudut. Apakah tidur setelah masuk waktu atau ketika waktu solat hampir masuk, maka jika sedemikian ia juga disifatkan sebagai cuai.(jika nak tidur pun solatlah dahulu).Tidur yg dianggap ibadah hanyalah tidur yg dilakukan sebagai modal untuk bangun qiamullai seperti yg sangat digalakkan dalam Islam. Wallahua’lam

p/s: klw ada kesilapan yg mungkin tidak terlihat oleh sy,pohon maaf.
Sy berharap agr kita sama2 muhasabah solat kita.Adakah kita telah melakukan yg terbaik.Ingatlah perkara pertama yg dihisab di akhirat nanti adalah solat.
Daripada solatlah bermulanya akhlak yg baik!(kena ikhlaslah)