Sumber : Sharifah Dawrah Binti Syed Sheh
Jabatan Pematuhan Syariah

عن معلويةبن أبى سفيان رضى الله عنهما عن النبى صلى الله عليه وسلم قال : إياكم والتمادح فإنه الذبح (رواه ابن ماجة

Daripada Muawiyah Bin Abu Sufyan RA, Nabi SAW bersabda : Berwaspadalah kamu dengan puji-pujian kerana ia boleh “meyembelih”.
( Riwayat Ibn Majah )

Ulasan Hadis :

1. Di dalam Hadis ini menerangkan tentang pujian yang berlebihan, kerana pujian yang terlampau akan menyebabkan seseorang itu termakan puji ( membanggakan diri)

2. Menyembelih yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah : Seseorang mungkin terpedaya dengan pujian yang diberikan (Syarah Sunan Ibnu Majah)

3. Pujian yang mulia lagi terpuji ialah pujian terhadap ALLAH, maka kita sangat dituntut untuk memuja muji ALLAH sebanyak yang mungkin kerana hanya DIA sahaja yang layak untuk dipuji tanpa henti.

4. Pujian adalah dibenarkan kepada makhluk di atas keistimewaan dan kelebihan samada zahir mahupun batin yang telah dikurniakan oleh ALLAH SWT, namun ianya tidak boleh melampaui batasan. Pujian yang terlalu meninggi boleh menimbulkan rasa bangga diri, riak, dan ujub dalam diri seseorang.

5. Manakala orang yang menerima pujian pula hendaklah menerima pujian dengan rasa syukur dan tawaduk terhadap ALLAH SWT, ini kerana setiap kurniaan mahupun kebaikan yang ada pada kita sehingga mengundang pujian orang sebenarnya datang daripada ALLAH SWT. Justeru kita hendaklah rasa gembira dengan pujian bukan kerana diri kita tetapi kerana pujian itu selayaknya pada ALLAH, lalu kita mensyukurinya.

6. Jika pujian manusia terhadap kita terhadap perkara yang ada, maka bersyukurlah nescaya ALLAH akan menambah lagi, dan jika pujian manusia pada yang tiada pada kita, hendaklah kita muhasabah dan usaha untuk menjadi lebih baik. WALLAHU’ALAM.