أَمَّن يُجِيبُ ٱلمُضطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكشِفُ ٱلسُّوٓءَ وَيَجعَلكُمۡ خُلَفَآءَ ٱلأَرۡضِۗ أَءِلَـٰهٌ۬ مَّعَ ٱللَّهِۚ قَلِيلاً۬ مَّا تَذَڪَّرُونَ

Firman ALLAH SWT : Apakah ada orang lain yang mengabulkan permohonan orang yang ditimpa kesusahan ketika berdoa, menghilangkan keburukan, dan menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Adakah TUHAN lain selain ALLAH ? sedikit sekali orang-orang yang beringat .” (Surah An Naml: 62)

Ulasan Ayat :

1. ALLAH SWT MAHA PEMURAH, dan sebagai bukti kepemurahan ALLAH SWT, DIA tidak pernah mengabaikan hamba-hambaNYA yang berharap, dan tidak penah menghampakan perasaan hamba-hambaNYA yang meminta. Cuma kita sahajalah yang tidak meminta dan apabila berharap tidak bersungguh-sungguh.

2. PEMURAH ALLAH SWT bersifat menyeluruh, sekalipun kepada orang-orang yang tidak menyembahNYA.

3. ALLAH SWT akan mengabulkan setiap permintaan hamba-hambaNYA yang susah dan menghilangkan segala kedukaan yang menimpa mengikut kadar pengharapan hamba-hamba terhadapNYA. Jika besar pengharapan dan tawaduk meminta daripadaNYA nescaya besar pula pemberian ALLAH terhadapNYA.

4. Kebanyakkan manusia lupa pada kepermurahan dan kasih sayang ALLAH, dan sangatlah sedikit yang ingat padaNYA ketika senang mahupun susah. Bila dalam kesenangan lupa pada PEMBERI kesenangan, dan bila dalam kesusahan menyalahkan DIA yang menimpakan kesusahan lalu meletakkan pengharapan daripada makhluk.

5. Sesungguhnya hanya DIA yang boleh melepaskan kita dari kesusahan, dan DIA sahaja yang mengurniakan kesenangan, segalanya bukti ke-EsaanNYA.

6. Walau dimana sahaja kita berada, mintalah kepada yang MAHA mengabulkan setiap permintaan, jangan pernah rasa jemu dan berputus asa, sandarkan kekuatan sepenuhnya kepada ALLAH kerana hanya DIA sahaja yang berkuasa atas segala sesuatu. WALLAHU’ALAM

Sumber dari:
Sharifah Dawrah Binti Syed Sheh
Jabatan Pematuhan Syariah