Firman ALLAH SWT : Dan tidak harus bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila ALLAH dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus bagi mereka)mempunyai hak pemilihan ketetapan sendiri mengenai urusan mereka .” (Surah Ahzab:36)

Ulasan Ayat :

1. Tiada nikmat ALLAH sehebat iman dan Islam. Apabila hamba dapat memiliki kedua-duanya dan mengamalkannya maka dia telah memiliki segala kebaikan dunia dan akhirat.

2. Setiap insan yang telah mengakui bahawa Tiada TUHAN yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad Pesuruh ALLAH, maka dia dikira sebagai orang Islam dan wajib MENGIKUT SYARIAT ALLAH serta mengimani apa yang telah diajarkan oleh islam melalui Nabi SAW.

3. Sebagai seorang Islam bukan semata-mata pada nama, malah seluruh cara dalam kehidupan, samada perbuatan, pertuturan, penampilan semuanya mesti mengikut syariat. Malah kita dituntut untuk menjunjung tinggi syariat ALLAH.

4. Hukum syariat ALLAH hendaklah dijaga dan dipertahankan sekalipun perkara itu kecil, kemana sahaja kita pergi wajib menjalankannya pada bila-bila masa. Jika kita sebagai muslim tidak dapat memelihara tuntutan ajaran Islam maka tidak mustahil mereka yang tidak Islam dan kafir dengan sewenangnya mempermainkan Islam sehingga nama ALLAH dan RASUL menjadi bahan persendaan.

5. Islam yang kita anuti jelas dan zahir pada sikap dan peribadi kita, jika kita tidak mengamalkan Islam secara automatic akan terlihat kepincangan Islam sedangkan cukup sempurna dan hebat lagi tinggi disisi ALLAH.

6. Justeru itu, jika sekiranya solat kita masih ditinggalkan sempurnakanlah, aurat masih terbuka maka tutupilah ia, jika ada permusuhan dikalangan kita leraikanlah. Tinggikanlah Syariat ALLAH bermula daripada perkara asas yang wajib ditunaikan, selagi ianya masih tidak dilaksanakan maka akan terabailah segala syariat Islam yang lebih besar. Oleh kerana itu, manusia pada hari ini ramai yang terlibat pada perkara haram dan yang dilaknat adalah disebabkan tidak mengambil berat pada sekecil-kecil urusan syariatNYA. WALLAHU’ALAM.

sumber:
Sharifah Dawrah Binti Syed Sheh
Jabatan Pematuhan Syariah