From:
muslimz87

Ini ialah catatan ringkas saya kepada kuliah Umdatul Ahkam semalam, yang disampaikan oleh Ustaz Subhan Khadafi. Kuliah tersebut membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan wanita yang dalam keadaan haidh. Walaupun saya mempunyai kitab syarah yang digunakan ustaz, saya tidak membawanya. Ini kerana saya lebih suka menyalin, dan jika ada kitab syarah, saya akan malas menyalin. Menyalin melatih saya untuk fokus mendengar [kerana itu saya sangat sensitif dengan orang yang berbual-bual atau berbincang ketika ustaz sedang memberi kuliah di hadapan ]

Download Rakaman Audio Kuliah Di Sini
http://tinyurl. com/al-umdah-haidh

عَن�’ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَت�’ : (( كُن�’تُ أَغ�’تَسِلُ أَنَا وَرَسُولُ الل�`َهِ مِن�’ إنَاءٍ وَاحِدٍ , كِلانا جُنُبٌ . وَكَانَ يَأ�’مُرُنِي فَأَت�`َزِرُ , فَيُبَاشِرُنِي وَأَنَا حَائِضٌ . وَكَانَ يُخ�’رِجُ رَأ�’سَهُ إلَي�`َ , وَهُوَ مُع�’تَكِفٌ , فَأَغ�’سِلُهُ وَأَنَا حَائِضٌ ))

Daripada `Aisyah radiallhu `anha, beliau berkata: Aku dan Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wassalam pernah mandi dengan satu bekas air. Ketika itu kami dalam keadaan junub. Baginda Sallallahu `Alaihi Wassalam mengarahkan aku (untuk memakai kain menutup faraj), maka aku memakai kain sarung. Lalu baginda Sallallahu `Alaihi Wassalam menggauli aku dan ketika itu aku dalam keadaan haidh. Baginda Sallallahu `Alaihi Wassalam pernah mengeluarkan kepalanya kepadaku, dan ketika itu baginda Sallallah `Alaihi Wassalam sedang beri’tikaf. Lalu aku mencucinya dan ketika itu aku sedang haidh.
[Sahih al-Bukhari: 299, Sahih Muslim: 321, Sunan Abi Daud: 98]

عَن�’ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَت�’ : (( كَانَ رَسُولُ الل�`َهِ يَت�`َكِئُ فِي حِج�’رِي , فَيَق�’رَأُ ال�’قُر�’آنَ وَأَنَا حَائِضٌ ))

Daripada `Aisyah Radiallahu `Anha, beliau berkata: Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wassalam pernah bersandar padaku, lalu membaca al-Quran, sedangkan aku dalam keadaan haidh.
[Sahih Muslim: 301]

Faedah-faedah daripada hadis-hadis yang dipelajari ialah:
a) Air tidak menjadi najis walau disentuh oleh orang yang junub. Ia tidak memberi kesan apa-apa kepada status air.

b) Boleh mandi junub bersama pasangan di dalam satu bekas air yang sama.

c) Boleh bergaul [bukan bersetubuh] dengan isteri ketika isteri haidh.

– Ini bercanggah dengan kaum Yahudi yang akan mengeluarkan wanita haidh dari rumah dan tidak bergaul dengan mereka.

– Bercanggah pula dengan kaum Nasrani yang bebas melakukan persetubuhan melalui faraj walau ketika isteri haidh.

d) Wanita haidh tidak boleh masuk ke masjid kerana itu Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wassalam ketika beri’tikaf, mengeluarkan kepala dari pintu masjid, untuk dirapikan oleh Aisyah kerana ketika itu `Aisyah dalam keadaan haidh.

e) Tidak boleh keluar dari masjid tanpa alasan syari’e ketika beri’tikaf.

f) Mengeluarkan sebahagian anggota tubuh dari masjid ketika I’tikaf tidak membatalkan I’tikaf.

g) Tubuh wanita yang haidh adalah suci sebagaimana wanita-wanita yang tidak haidh.

h) Adalah sunnah wanita yang haidh untuk memakai kain sarung/seluar atau apa-apa sahaja ketika melakukan hubungan seks [bukan pada faraj] dengan suami. Ini adalah langkah Sadd az-Zarai’e atau menutup jalan yang membawa kepada yang haram iaitu melakukan hubungan seks pada faraj isteri ketika dia haidh.

i) Perempuan yang haidh boleh menyentuh apa-apa sahaja barang tidak kira ia basah atau kering kerana susuk tubuh wanita haidh adalah suci.

j) Kita boleh membaca al-Quran sambil bersandar kepada wanita yang haidh [seperti isteri, kakak, adik, ibu dan lain-lain yang mahram. Bersandar pada awek adalah haram tidak kira mereka sedang haidh atau tidak].

k) Wanita haidh diharamkan daripada menyentuh al-Quran.

l) Telah ijma’ orang yang junub tidak boleh membaca al-Quran, berbeza dengan wanita yang haidh.

Melakukan Hubungan Seks Ketika Isteri Sedang Haidh?

a) Ijma/sepakat para ulama’- Haram bersetubuh pada faraj isteri ketika mereka sedang haidh.

b) Ijma’/sepakat para ulama’- Boleh bermesra dengan bahagian tubuh isteri di atas pusat dan dibawah lutut ketika isteri sedang haidh.

c) Khilaf- Bermesra dengan isteri di bahagian antara pusat dan lutut selagi tidak sampai bersetubuh pada faraj isteri.

Tidak boleh- Imam Malik dan Abu Hanifah
Boleh- Ikrimah dan Mujahid

Ustaz Subhan lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkan dengan berhujahkan hadis berikut.

اصنعوا كل شيء إلا النكاح

Lakukanlah apa-apa sahaja (dengan isteri yang haidh) kecuali bersetubuh (pada farajnya) [Sahih Muslim: 302]

Dan sebaiknya si isteri hendaklah memakai sesuatu untuk menutupi bahagian faraj. Ini berdalil hadis kedua di atas, dan hadis di bawah:

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا أراد من الحائض شيئا ألقى على فرجها ثوبا

Daripada sebahagian isteri-isteri Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wassalam bahawa apabila baginda Sallallahu `Alaihi Wassalam mengkehendaki sesuatu (melakukan hubungan seks) daripada isterinya yang haidh, maka akan diletakkan di atas farajnya sehelai kain [Sunan Abu Daud: 272, dan Imam Abu Daud mendiamkan daripada memberi sebarang komentar kepada status hadis ini.]

p/s: Penomboran hadis menggunakan Ensiklopedia Hadis Online di http://www.dorar.net

Sumber rujukan:

a) Al-Maqdisi, Abdul Ghani, Terjemahan Umdatul Ahkam Hadits Bukhari dan Muslim Pilihan, m/s 42-43. Terbitan Media Hidayah
b) Al-Maqdisi, Abdul Ghani, Umdatul Ahkam, m/s 11, e-book http://www.saaid.net
c) Al-Mausuah al-Hadisiah Taisirul Wusool Ila Ahadis ar-Rasul, http://www.dorar.net