وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجعَل لَّهُ ۥ مَخرَجًا (٢)

 

Firman ALLAH SWT : Barangsiapa bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan membukakan jalan keluar baginya.( surah Attalaq ayat 2)

 

Ulasan Ayat :

1)    Bagi orang yang bertaqwa dan berserah diri kepada ALLAH SWT, terdapat sebuah nilai yang sangat agung.  Orang yang bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa maka ia tidak akan ada sedikit pun mempunyai perasangka tentang lambatnya pertolongan ALLAH SWT, malah tidak ada istilah berputus asa dengan rahmat ALLAH dan tetap hatinya yakin bahawa akan ada jalan keluar pada masa akan datang.

2)    Apabila seorang hamba brtaqwa kepada ALLAH, maka kelapangan akan datang pada dirinya adalah perkara yang sudah pasti. Tidak perlu diragukan lagi bahawa ia pasti akan keluar daripada kesulitan yang sedang dihadapinya.

3)    Sesungguhnya segala sesuatu yang berlaku dan belum berlaku sudah pun ditetapkan oleh ALLAH SWT dalam apa jua urusan pada jangka masa yang telah ditentukan, semuanya mengikut pilihan dan kehendakNYA yang MAHA MENGETAHUI segala yang baik dan buruk buat hamba-hambaNYA.

4)    Sesungguhnya ALLAH SWT telah mengadakan ketentuanNYA dan batasan masa bagi setiap sesuatu adalah tepat dan tidak pernah salah.

5)    Oleh itu, kita hendaklah menyerahkan segala sesuatu semuanya kepada ALLAH SWT, kerana itu adalah kerjaNYA, dan kerja kita hanyalah bertaqwa kepadaNYA dan berserah diri, untuk mendapatkan ketaqwaan itu kita hendaklah berkerja dan bersungguh-sungguh menghamba diri kepada ALLAH, dan berusaha hingga berjaya mendapatkan apa yang diingini atau yang lebih baik daripada apa yang dinigini, semuanya bergantung kepada keyakinan kita kepada ALLAH SWT.

6)    Justeru itu, yakinlah bahawa apa sahaja yang ALLAH takdirkan kepada kita, itu merupakan sesuatu yang terbaik. Ketetapan ALLAH telah pasti kedatangannya. Kita hendaklah sabar menanti dengan penuh redha. Musibah dan bahagia berada di dalam kekuasaanNYA, kembalikan segalanya kepada ALLAH SWT. WALLAHU’ALAM.